Friday, July 30, 2010

HOSPITAL?

since minggu lepas dah start demam.tapi style on off.
malam-malam.demam.siang-siang tak demam.
lepas tu keluar bintik-bintik merah dekat tangan.
mula-mula ade 2.lepas tu ade 5.tu baru tangan kanan
tangan kiri boleh tahan jugak jumlah dia.
mula-mula rilek je tengok bintik-bintik merah.nyamuk kot.
lepas tu cuak sedikit.jangan cakap chicken pox.dah terbayang muka penuh bintik-bintik.amek masa nak buang parut semua.jatuh nilai hantaran jugak.
haish..lepas tu.pegi clinic check .just nak make sure.bukan chicken pox.memang betul bukan chicken pox tapi suspect denggi.bukan berita baik sangat.tapi relief jugak dari bayangan muka bintik-bintik.berparut.doctor suruh pegi hospital buat blood test.mende paling lecey.bukan takut jarum.tapi rase macam tengah membazir darah je.dari amek darah then buang.baik sedekah atau derma.tapi still.kene amek darah jugak.ekot procudure.standard.pantang ade simptom denggi.mesti amek darah.test darah.lepas amek darah.blood count ok lagi.tapi doctor tetap tak puas hati.dia suruh hantar blood sample esok pagi.dia cakap semua simptom dah ade.lengkap tak de cacat cela.just darah aku je steady lagi berkeadaan normal.if by tomorrow blood count jatuh satu jumlah.terus doctor nak hantar aku straight masuk wad.gosh.serious lecey.dah darah aku ok.ok lah semua nye.nak darah lagi pulak.cekik darah sungguh doctor nih.=(
bila kenangkan keje aku banyak.melambak.aku rase sayang nak jatuh saket.rase macam menyusahkan semua orang.rase kalau pending keje satu hari nanti keje makin melambak di kemudian hari.haishh..tapi bila adik aku.syakir.umur baru je muamaiz.calon spm taun nih.bagi ceramah free kat aku.tentang pendidikan tu boleh carik.kesihatan tu sangat penting.terfikir jugak betapa make sense nye kata-kata syakir.tapi tu la.tengok dulu.kalau hari nih aku rase lagi sihat dari semalam.lagi semangat dari semalam.lagi riang ria dari semalam.farewell to u hospital.but kalau aku inspect diri sendiri dan makin banyak pertumbuhan bintik merah meriah di badan.aku terpaksa pegi jugak serah diri ..dan tangan especially... dekat hospital untuk di blood test kan buat kali kedua.
redha -_-''




p/s: aunah and fatin.thnxs sebab bawak aku jalan-jalan pegi hospital jumpa doctor demand darah tu


p/s: perkataan untuk hari nih..: takde cikgu.takde doctor ok..? jadi jangan nak pandang aku atas bawah lantas kotak katik kan aku yang amek tesl nih.faham? serious doctor tu riak! hah tu salah satu sebab aku anti spital.mane pegi doctor hensem muka penuh kasih sayang kat spital heh?
dah takde dah ke sekarang?

Tuesday, July 27, 2010

JATUH?

membiarkan orang yang tersayang membuat sesuatu yang bodoh sudah cukup perit..membiarkan orang yang ter sayang khilaf dan menanges sudah cukup seksa.
tapi...aku tak berhak menghalang lantas menjerit lantang.membantah setiap tindakan yang tidak berhak aku persoalkan.jadi.aku disini.sentiasa disini.bila kesayangan aku terjatuh.aku sentiasa ada disini.tak pernah beranjak walau setapak.menanges.kalau perlu.marah semahu kamu.aku tak kan pernah menjauh.walau hati aku rapuh.luluh.lihat sesuatu yang tak dapat aku hentikan.ouh mungkin kerna aku bukan tuhan.aku manusia.tak pernah akan jadi sempurna.
buat kamu-kamu dan kamu.kesayangan aku.bila kamu jatuh.aku sentiasa ada.jadi jangan takut untuk jatuh.aku tak pernah jauh.ok?




p/s : hidup.itu tak kan sempurna kalau ianya terlalu sempurna.


p/s: sape nak jadi kesayangan aku? angkat kaki kiri kanan sekarang. =)

Saturday, July 24, 2010

FIRDAY FEVERR

ehems.hari jumaat.hari paling indah semester nih.hari jumaat takde kelas 7jam tanpa henti.hari jumaat.boleh tido bangun pukul 12 tengah ari.hari jumaat jugak hari yang boleh pegi berjimba dan buat-buat lupa ade assignment bersusun mahu tagih simpati.jadi jumaat kali nih.aku pegi berjimba lagi bersama sayang-sayang kesayangan.lokasi kali nih.aku yang decide.aku yang pilih.aku jugak yang akhirnya cramp kaki akibat pilihan sendri.-_-''






sumpah aku suke gambar ni.tangan yg berbentuk cacat dlm bayangan di atas adelah tangan aku
nih akibat benci di bedung semasa kecil.=)





okeyh.kat hutan tengah bandar shah alam.ade umah 4musim
sekarang musim panas.memang tepat pilihan aku.
buat panas hati kawan2 je yang berharap akan adenye musim salji
weyh..bulan 7 weyh.salji celah maneeeee??
ilmu alam fail sungguh!


aksi buat taman nih macam taman kepunyaan mak ayah sendri memang aksi paling feberet.
ouh nama lain bagi aksi cmnih adelah.aksi meroyan melihat camera.

selamat datang ke taman haiwan..wahai haiwan-haiwan sekalian heheehe
lepas kata-kata penuh welcoming dari aku itu.semua watak di atas touching mendadak
hanya dengan suakan camera tanda mahu amek gambar lagi je yang boleh pujuk
hati nurani mereka.hehe



segment teringat dekat buah hati yang pegi jadi fasilitator kat tanjung karang.
lagu tema segment ini adelah.kekanda di medan perang.adinda di medan seni.
lebih kurang cam tu la lagunye.naseb kejap je segment nih.
kalau lame lagi.aku tinggalkan je kat tengah utan tu sorang-sorang.
biar beruk pulak yang layan jiwang dengan beliau nih


err..nih segment menghayati alam sekitar sambil berpikir.
kalau berenang dalam tasik nih agak-agak dalam tak.
kalau dalam agak-agak terapung tak
kalau terapung agak -agak lama tak.
kalau lama agak-agak....
okeyh.cukup la tu.jengkel jugak perkataan agak -agak nih.






untuk ned,dodot and sinaran.thanxs untuk moments indah meloncat sambil bergembira di tengah hutan.terima kasih sebab buat lawak kelaka seperti gelabah lantas bermuka pucat lesi time naik jambatan gantung.tapi automatic posing vogue lepas di suakan camera.thanxs sebab sudi nyanyi lagu ziana zain sama-sama time dalam hutan.thanxs thanxs thanxs.
lepas nih.kita pegi camping pulak heh.heh.heh.





p/s: tercabut kepala lutut akibat berjalan selama sejam tak berenti.walau pon gigih main badminton malam-malam still stamina tak berapa nak membanggakan.-_-''


p/s: macam biase.kiteorang semua tak memenuhi piawaian attire untuk redah hutan.pakai baju macam nak pegi tengok wayang.amek kau.naseb tak kene kejar dengan rusa.kalau tak.susah jugak nak lari dengan kasut pegi berjalan bersma kekasih tu.bukan sport shoe.huuu

Wednesday, July 21, 2010

LOVEY DOVEY

tengah busy buat -buat busy mase kelas syntax.hati rase berdebar.momentum berdebar tu lain macam.pedehal? sambil berpikir-pikir.tangan terus raba-raba dalam beg.carik handphone.dan tindakan meraba itu amek masa selama lebih 5minit.standard la beg budak perempuan.sekali masuk barang dalam beg.jangan harap nak jumpe dengan mudah dan bergaya.mesti kene carik meraba punye.lepas pencarian handphone menemui cahaya kejayaan.terus tatap skrin handphone macam sebulan setengah tak jumpe.ouh ade misscall.from? loveydovey? tengok jam kat tangan.sebab hell kedekut.jam di dinding tak di sediakan.terpakse pakai jam di tangan.baru pukul 6.bukan tengah keje ke..? sambil mata pandang tajam kat lecturer.sambil tangan tekan speed dial.tu strategi.strategi mata helang.sambil tu.bercakap.


"apehat call.org class la.." sambil berbisik-bisik

"on da way pegi hell.lepas kelas jumpa.dah sampai orang message bye."
jawab dengan lantang sambil try lawan bunyi angin sepoi-sepoi bahasa di luar kenderaan.

tekan button merah kat handphone.muka memerah.tanda gembira.. mungkin.pandang penampilan diri.selendang merah plain.baju kurung corak ceria campuran kaler merah dan pink.kasut.ouh yang beliau belikan semester lepas.bibir ukir senyum.pass!
boleh keluar.dan...akhirnya..senyum.tak boleh tinggalkan muka sampai kelas tamat.








p/s: cahaya bulan malam.buat moment tu nampak super duper indah.=))


p/s: hikmah puasa sunat =))

Tuesday, July 20, 2010

EFFECT EMOSI TERHADAP BELOG.

Sekarang selalu sangat rase insecure entah sebab ape.yang pasti takde sebab kukuh kaku rigid sangat.selalu rase macam I can’t really survive tru the day.hambek. Paranoid.

Mungkin sebab comfort zone telah di terrorist oleh makhluk berlainan ideology.jawapan standard.

Mungkin jugak persekitaran tak membantu.banyak kisah sedih.ion negative.dan unsur mahu buat darah mendidih.penat aku latih diri.jangan jadi childish.matang bukan bangang.tapi ade jugak nak usik mengusik secara tak sopan santun.escapism paling ampuh.balik ke sarang.tagih perlindungan.nikmati keindahan alam dari celah-celah tingkap bilik.yang dah lame sangat tak berlap.

Saat macam nih.saat jiwa tak berapa nak bernafsu untuk terus kedepan tanpa mengeluh.gelak tawa,bebelan.marah –marah manja.dari mak ayah adelah bunyi-bunyian terindah.theraphy paling heaven ade kat muka bumi tuhan.

Tapi dari kaedah irony nye.minggu nih tak balik ke sarang.-_-‘’

p/s: belog nih semakin emosi dan jiwa-jiwa seiring dengan pembangunan rohani tuan belog.masalah akan segera di atasi.sebab tuan belog rase tak rebel dah lately.hilang taring macam singa liar tu mende tak berapa sweet.sekian.sorry for d inconvenient.

Friday, July 16, 2010

MASE UNTUK SEDIKIT SUNTIKAN EMOSI

saketkan hati aku.pijak jasad aku.caci maki aku.tapi tolong jangan saketkan manusia kesayangan aku.aku sangat protective…walau tak pernah sape tau tentang itu.
bersifat seperti ibu singa liar memang perangai aku sejak dulu.aku boleh buat muka tak paham bahasa bila orang cuba gangu gugat hidup aku.
aku boleh tulikan telinga bila orang cuba umpat keji aku.tapi jangan saket kan hati manusia kesayangan aku.yang boleh buat aku rasa nak pegi sepak orang dalam kadar segera.yang boleh buat aku rasa jiwa aku tak kan senang selagi takde sape hurt setimpal dengan apa yang manusia kesayangan aku rasa.darah yang mengalir dalam hati dia.darah yang sama mengalir dalam hati aku.jadi bila kau hurt dia.jangan pikir aku boleh duduk diam sambil ketawa.dia mungkin baik hati.tapi aku belum tentu lagi.aku over react? memang pasti.
kau penah paham maksud blood ties? darah daging?
aku rasa apa yang dia rasa.aku kenal dia lebih dari kau kenal dia.kalau aku tak tergamak hurt dia.sapa bagi kau hak untuk buat dia? untuk saketi dia? aku tak ade niat nak jadi syahira yang temper.syahira yang ikut kata hati.syahira yang hanya reti mengamuk dan tuding jari bukan kat diri sendiri.
bila syahira tu menjelma lagi.aku takut.aku sendiri tak kan kenal sapa aku lagi.
jadi tolong yea.tolong jangan cuba buat manusia kesayangan aku hurt lagi.
kelemahan aku adelah aku tak tega untuk berdiri kaku kejap diam pegun sambil lihat mereka yang aku sayang saket dan menitiskan air mata.aku rase hopeless..sangat hopeless.
dan aku benci bila tahu aku hopeless.aku benci perasaan tu.serious.




p/s: cepat-cepat dengar ruqyah.-_-'

p/s: untuk mr liebchen.thanxs sebab sudi tahan telinga dengar aku meraung macam ilang kucing…kamu.memang banyak membantu.love u.till when when =D

Monday, July 12, 2010

KENDURI KENDURI KENDURI

sabtu hari tu berlangsung la kenduri kesyukuran untuk teratak baru lepas renovate kami sekeluarga.penat lepas kenduri style memasak sambil beramah mesra dengan penduduk kampung nih memang seksa.saket badan yang aku tanggung akibat kenduri tu.still tak dapat nak ilang lagi.seriyes badan saket macam kene penerajang 15belas kali.siap dengan effect tangan seliuh dan tulang belakang susah nak bagi lurus.

kenduri kesyukuran tu berjalan lancar.tetamu yang datang ramai dia jangan cerita.abes semua yang datang bagi soalan misteri nusantara. " eh nih bukan kenduri tunang ko eh "

walhal bukan ke mak ayah aku dah buat statement crystal clear mase datang mengajak ari tu.kenduri kesyukuran.kenduri kesyukuran la.hishhh..aku dress up pakai baju kurung japanese cotton pinjam dari aunah je ari tu.mane datang kenduri tunang kalo aku pakai selebet macam tu.mane nak letak air muka sendri kalo betunang pon still nak buat style rebel tak kene gaya lagi.samseng.samseng jugak.style dan penampilan diri kene amek kire sama..tak leh la nak buat-buat lupe...

subject paling faymes mase kenduri ari tu adelah mr liebchen.kezen-kezen aku sume excited nak jumpe dia.ade yang dah ready dari pukul 9pagi lagi semata nak jumpa beliau.walhal beliau bukan la shahir yang jadi ikon belia tu. ini adelah salah satu padah.bila aku dah sorokkan mr liebchen dari pengetahuan keluarga selama 6taun.kenal nama tu dah biasa la kan.mak aku dah paham sangat dah pasal tu.sebab kalau tido mesti meracau nama beliau punya.sedangkan moment dalam mimpi mase tu tengah dating dengan messi.ape cer?

hishh..

mr liebchen datang pukul 11 lebey.sedang elok la orang nak baca-baca doa.ayah aku suruh dia pegi join sekali team baca-baca doa kat hall rumah.aku cuak tak tentu arah.mane tau lepas nih imam tu nak suruh mr liebchen conduct semayang jemaah ke.aiseyh.aku cemas dah tibe-tibe..tapi bila aku pandang muka beliau sambil anta signal cemas beliau hanya senyum simpul sambil balas dan.bagi signal telepati yang saketkan hati..

" rilex sayang..i can do it.bukan mcam kamu.time spm agama orang A la.

agama.kamu je dapat 4B.."

haram jadah..! penat aku je cemas kan dia..! eleh .macam malaikat nak tanya je pasal spm yang kecik tu.demm..saje nak riak.

lepas baca doa.lepas amin kan doa.lepas aku sibuk risaukan mamat belagak tak kene gaya.lepas kene perli dan usik mengusik dengan sepupu.tibalah saat yang di nanti.saat melantak.aku seriyes lapo.tapi bile mak aku cakap yang aku tuan rumah.tak leh nak jadi orang pertama pegi makan.aku terus down.tengok mr liebchen lalu lalang depan aku sambil bawak pinggan dengan muke kerek.lagi aku down.nak mintak suap macam tak kene layan je.kang orang ingat aku tengah praktis untuk makan beradap.tak sopan pulak,

terus aku buat-buat sibuk dukung anak sedara berat lebih 5 kilo.dalam hati merintih.dah la perut pedih.tangan seliuh.dukung budak berat ..sebak dia tak leh cerite.sambil tu buat-buat layan tetamu yang datang.ntah pakai signal ape.semua pakat nak buat kesimpulan yang kenduri tu ..kenduri tunang aku.jenuh jugak aku mintak makcik-makcik tu semua bersabar.pelik...aku yang nak bertunang makcik tu pulak excited semacam.

lepas tetamu dah surut.aku try carik mr liebchen.mane leh lepas makan terus dia nak balik.perut buncit tu elok sangat ke nak di tayang kat masyarakat time nikah nanti? jangan harap aku nak kasik.image aku mane nak campak kalo die boroi tak kene gaya? terus mata aku melilau carik dia.tapi bila nampak dia tengah lipat seluar jeans paras bawah lutut sambil tayang bulu roma kat kaki yang tak berapa nak sexy.terus aku senyum simpul.bagus..tak payah aku suruh dah terel buat sendri.mr liebchen terus beralih dari bangku tetamu ke bangku pembasuh pinggan di dapo.aku? hanya supervise dari jauh.sambil pegang kertas pemarkahan.

dalam hati aku rase nak meraung sambil terharu tapi aku simpan jauh-jauh.pandai aku pilih calon menantu untuk mak ayah aku.dari basuh pinggan pegi ke kemas-kemas peralatan masak.angkat-angkat kuali besar.bukak-bukak khemah.susun-susun kerusi.sapu-sapu lantai.

hishhh....kagum aku.tapi perasaan tu aku simpan untuk diri sendri.bila kezen aku puji..

"pandai mike buat kerja..."

aku jawab dengan muke humble tapi nada seriyes...

" die orang kampung.kalo tak pandai buat keje memang nak kene baling masuk dalam sungai la.."

hah macam tu konsep yang kene ketengahkan.sayang buah ati jangan tunjuk sangat.image rebel kene jaga sama.

p/s: mr liebchen jadi tetamu yang balik paling last untuk hari tu.pukul 6 petang.time hujan renyai-renyai.

p/s: mak aku dah tersasul bahasakan diri dia sendri "MAK" dekat mr liebchen.parah aku nak handle mende macam nih.jangan pakse aku kawen ujung taun nih dah la.mane sempat nak carik barang nikah kawen dan persiapkan dri..bulan 7 dah nih weyh..

p/s: kezen dan makcik-makcik aku bagi full marks kat mr liebchen.mak aku memang tak payah cakap.dah lama jatuh suka kat mr liebchen.ayah aku? suke tapi tak mau cerita.depan mr liebchen muka dia tegas macam mac gyver.tapi bile mr liebchen dah balik.tau pulak dia bukak cerite pasal nak pegi batu pahat ekot jalan mana.reti pulak dia explain kat pakcik aku mr liebchen keje ape.tinggal kat mane.aiseyh...aku pikir ayah aku pon tengah amalakan ilmu sayang menantu jangan tunjuk,nanti tak rebel dah.aku rase la..

p/s: kenduri lepas nih jangan harap aku nak sokong usul mak aku yang nak masak memasak tu..CATERING je lepas nih.nak terseliuh pinggang aku ..still nak masak-masak lagi?

jangan harap!

p/s: lepas nikah esok luse mr liebchen tak kekal kan momentum kerajinan dia.memang aku mogok lapa.tengok lahh...

Saturday, July 3, 2010

SURAT DARI SAYA.

dear sir.

sorry tak dapat datang ur first class.saya memang macam nih.kalau di suruh pilih antara kelas dan kotak merah.memang jenis gagal untuk pilih mende yang ilmiah dan penuh ciri-ciri la akademia.mesti pilih kotak merah.sebab kat kotak merah leh nyanyi lagu ziana zain.fauziah latiff.mariah carey.dan dato siti.kat kelas hanya boleh nyanyi dalam hati.tak berapa nak capai level satisfaction kalau jenis macam tu.lepas tu.saya nih kalau datang kelas hari pertama tapi time tu fikiran saya melayang sampai teringat mimpi jumpe messi malam sebelumnye.. pon tak kene gaya jugak kan.jadi sebab tu la saya redha kan diri.pasrah kan hati.tabahkan kawan-kawan yang lain.untuk amek keputusan ponteng kelas sir.bukan calang-calang keputusan yang saya kene buat .berat untuk di buat...umpama kalau salah langkah maka tergadai lah kampung halaman.macam tu la lebih kurang.tapi sir..first impression tu boleh menipu.tak semestinya saya tak pegi class first.saya akan jadi pemonteng tegar untuk sepanjang semester.insyaALLAH tak.sebab semester lepas saya hanya ponteng kelas mase pegi bandung jalan-jalan dengan family saya.bukan pegi kotak merah...
kelas dan keluarga.keluarga diutamakan.sebab keluarga orang tersayang.kelas tu bukan orang kan? jadi di harap sir tak de lah lepas nih asyik ingat saya nak ponteng kelas je keje.sebab saya nih kadang-kadang seriyes juga...tibe hari saya rajin nak pegi kelas tu.hari sabtu pon saya datang juga .walau pon kelas sampai khamis lepas tu dah takde.saya harap sir relax-relax je.saya dah buat pon keje sir.presentation sir dah settle.nota chapter 1 pon dah saya salin hasil cilok buku kawan sekelas.walau tulisan saya buruk rupe.tapi nota 3 helai muke surat tu dah berjaya saya settle kan akhirnye.jadi jangan risau sir.perangai dan muke je buruk sedikit.tapi otak saya tak buruk mana.nanti -nanti lah saya buktikan dekat sir yea? sebab sekarang otak saya masih dalam mood susah nak terima kenyataan kene belaja lepas cuti yang lama.di harap sir bersabarlah hendaknye yea.sabar separuh dari iman.solat itu tiang agama.poyo itu bukan perangai kita.
akhir kalam.saya mintak maaf daun keladi.kalau buat lagi tak berapa nak janji.saya manusia tak sempurna.yang buruk datang dari sir..eh saya..yang baik datang dari ALLAH.sang pencipta.




ur sincerely,
syahira.xoxo